Suami Nynaa Harizal Fail Nusyuz Terhadap Isteri, Sekali Benda Lain Yg Netizen Pelik

SELEPAS hampir dua minggu Nynaa Harizal didakwa keluar rumah tanpa kebenaran, suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas akhirnya membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolang Pendaftar Mahk4mah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria pada petang Khamis.

Berdasarkan dokumen yang dikongsikan kepada mStar, isterinya iaitu Nurul Hanynaa Harizal, 25, selaku defendan diperintah kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, Kuala Lumpur dengan segera.

Permohonan itu bertujuan menyelamatkan pernikahan mereka dan Nynaa kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan hidup dalam kasih sayang.

Mohamed Fahmi ketika ditemui di perkarangan mahk4mah berkata dia bersedia pada bila-bila masa menerima kepulangan isterinya itu.

Nynaa2

Nynaa didakwa dicvlik bapa sendiri pada 1 November lalu.

“Saya sentiasa ada untuk awak. Awak boleh hubungi saya bila-bila masa… saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat.

“I love you sayang! Saya harap awak kuat, banyakkan berdoa kepada Allah dan berzikir. Saya menghitung hari untuk berjumpa awak… jangan berhenti berdoa setiap hari,” katanya.

Dalam prosiding itu, Mohamed Fahmi diwakili peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Disember depan untuk sebutan semula kes terhadap permohonan itu.

I love you sayang! Saya harap awak kuat, banyakkan berdoa kepada Allah dan berzikir.

MOHAMED FAHMI

SUAMI NYNA HARIZAL

Sementara itu di Mahk4mah Majistret Shah Alam, Selangor pula, bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim, 49, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengvgut dengan mengeluarkan sepucuk p1st0l terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.

Harizal yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali, pada Khamis.

Berdasarkan pertuduhan, Harizal didakwa menakutkan Mohamad Nur Usry Mohd. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan sepucvk p1st0l jenis CZP-07.

suami nynaa

Mohamed Fahmi diwakili peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (kiri).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada pukul 1.40 pagi pada tarikh berkenaan.

Mahk4mah mengenakan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember depan untuk sebutan kes berkenaan.

Pada 3 November lalu mStar melaporkan Mohamed Fahmi tidak mengetahui keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa kini berada di kediaman keluarga mentuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya pada 2 November lalu.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

KOMEN NETIZEN :

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *