
“Doakan Reen okey. Minta maaf pada semua yang Reen terpaksa cancel (batal) mesyuarat, acara dan sebagainya untuk minggu ini”.
Demikian hantaran ringkas yang dimuat naik pelakon sensasi Reen Rahim dalam Instagramnya berkenaan status terkini kesihatannya.
Kredit foto: IG Reen
Pada hantaran tersebut, Reen turut memaparkan tangan kirinya yang dicucvk drip dan dipercayai sedang menerima raw4tan di salah sebuah hospital.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tertanya-tanya mengenai punca dia dimasukkan ke pusat perub4tan tersebut.
Kredit foto: IG Reen
“Kenapa tu. Reen s4kit apa? Semoga cepat sihat dan sembuh seperti sedia kala.
“Kau da kenapa. Itulah suka sangat melompat-lompat kan dah mendapat. Cepat sembuh tau.
“Lepas ni jangan hiking (mendaki) dan selalu sangat kerap ke gim, jangan nak angkat berat selalu,” tulis netizen yang turut menebak pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dimasukkan ke wad akibat keletihan melampau.
VIDEO :
View this post on Instagram
KOMEN AYU PUTEH :
Sementara itu, percubaan Kosmo! untuk mendapatkan respons Reen gagal selepas panggilan dan pesanan WhatsApp tidak berbalas
Terdahulu, pada Hari Raya Aidilfitri lalu, pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, disahkan positif c0vld-19 dan terpaksa beraya serta menjalani ku4rantin kendiri secara berasingan daripada keluarga tersayang.
Sumber: K! ONLINE