Selepas Fizo Omar Kahwin, Nazim Othman Pula Jadi Perhatian Netizen, Asyik Terima Soalan Pasal Kahwin

Hampir tiga tahun bergelar duda, pelakon Nazim Othman berkata dia tidak tertekan selepas melihat rakannya, Fizo Omar kembali mendirikan rumah tangga.

Menurut Nazim, dia selesa dengan status yang digalasnya meskipun ramai menyangka dia sunyi dan menemui ketenangan apabila hidup bersendiri.

Kredit foto: IG Nazim

“Ramai pengikut media sosial menyangkakan saya sunyi. Namun, hakikatnya saya bahagia dengan status saya sekarang. Saya gembira dengan berita perkahwinan Fizo dan sentiasa mendoakannya kekal bahagia. Bagi saya, ia tidak sedikit pun memberi tekanan.

“Sejujurnya, saya menemui ketenangan apabila hidup bersendiri. Mungkin itu pendapat orang luar, saya sangat terbuka menerima apa juga pandangan dilontarkan,” katanya.

Biarpun selesa hidup sendiri, bagaimanapun Nazim berkata, dia tidak menolak jodoh andai sudah sampai jodohnya suatu hari nanti.

“Saya tidak kata tidak mahu kahwin. Cuma, buat masa ini, saya lebih selesa hidup sendiri. Pintu hati memang tertutup, tetapi tidak dikunci.

“Manalah tahu ada insan yang berjaya mengetuk pintu hati dan jika sesuai, mungkin boleh dipertimbangkan untuk kembali ke alam rumah tangga,” ungkap Nazim optimis.

Kredit foto: IG Nazim

Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, bagaimanapun pasangan itu bercer4i dua tahun kemudian.

Sumber: RotiKaya/BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *