Azmi Saat Luah Sesuatu Isteri Dah Tak Mengigau Teringat Arw@h Anak

Sudah lebih sebulan pemerg.ian anak sulungnya, penyanyi Azmi Saat lega isterinya, Nazira Muhammad tidak lagi mengi.gau ketika tidur kerana teringatkan anak mereka.

Menurut Azmi, perasaan sed.ih itu masih dirasai isterinya tetapi kini semakin stabil. Ujarnya, ada ketika isterinya menang.is juga kerana rindukan arw.ah anak mereka.

“Cuma, saya berasa lega kerana Nazira tidak lagi mengi.gau ketika tidur dan tiba-tiba mena.ngis pada waktu malam teringa.kan arw.ah anak kami. Sekarang, keadannya boleh dikata semakin baik dan stabil.

“Walaupun dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami, tapi Nazira tetap kuat dan tabah. Malah, saya sentiasa memberi semangat kepadanya.

“Saya sedar kena kuat untuk isteri dan syukur alhamdulillah kami reda dengan ketentuan takdir ini. Namun, masih perlukan masa untuk mengubat kesedi.han hati,” katanya.

Memohon didoakan kekuatan buat isterinya, Azmi berkata dia merancang untuk menghasilkan lagu istimewa buat arw.ah anaknya, Khairul Afnan.

“Selain terus mendoakan Afnan, saya juga ada merancang menghasilkan lagu istimewa buat arw.ah anak yang melodinya dihasilkan oleh Ajai, manakala lirik ditulis Ahmad Fedtri Yahya.

“Alhamdulillah, saya suka dengan melodi dan lirik dihasilkan itu kerana sangat sesuai dengan cerita saya. Malah, semoga lagu ini akan diterima baik oleh pendengar nanti,” katanya.

Terdahulu, anak Azmi Saat menin.ggal dunia selepas tiga hari dilahirkan pada 27 September lalu akibat kega.galan fungsi otak yang dikesan selepas lahir.

 

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *